Thursday, May 5, 2011

Gambar mayat Osama bin Laden mengerikan


Kakitangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bercanggah sama ada mahu mendedahkan gambar mayat Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden selepas penyokong teori konspirasi dan kumpulan Taliban mempersoalkan sama ada dia benar-benar telah mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Presiden AS, Barack Obama keberatan menyiarkan imej tersebut kerana keadaan mayat Osama yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan yang teruk.

Obama berpendapat pendedahan imej mayat Osama sebagai tidak menghormati orang yang telah mati dan boleh mendatangkan tindak balas negatif.
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta sebaliknya berkata, foto ketua Al-Qaeda itu hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum.

Berikutan tiada bukti bergambar bahawa Osama telah mati, terdapat dakwaan bahawa dia sebenarnya tidak dibunuh.
Dalam isyarat bahawa isu pendedahan imej Osama sedang hangat dibincangkan, White House menegaskan keputusan mengenainya masih belum dibuat selain menekankan tentang keadaan mayat Osama yang mengerikan.

"Boleh dikatakan bahawa gambar mayat Osama itu mengerikan," kata jurucakap White House, Jay Carney.
Beberapa pegawai kanan tentera mengesahkan kepada stesen televisyen CNN bahawa terdapat tiga set gambar Osama.

Set pertama dirakam semasa serbuan ke vilanya dan dipercayai menunjukkan mayat dua adik-beradik dan mayat anak lelaki Osama.
Set kedua yang juga set gambar paling jelas menunjukkan gambar mayatnya yang mengerikan di sebuah pangkalan tentera di Afghanistan.

Mayat Osama dilaporkan berlubang di sebelah atas sebelah matanya dengan satu lagi lubang pada bahagian jantung selepas dia mati ditembak komando AS dalam serbuan di lokasi persembunyiannya di bandar Abbottabad, Pakistan pada malam Ahad lalu.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

tp ramai yg ckp gambo tu tipu

eima on May 5, 2011 at 4:30 PM said...

tak brani tunjuk bukti la tuh ...
klu di tanam dlm kubur ... org bleh korek nk tgk bukti
klu dilempar dlm laut ... bukti tak dpt disahkan ..
kat situ dah nampak kepincangan nye
semua ni semua taktik obama je .. sbb dah dekat musim pilihanraya .. pancing undi

Asyraf on May 5, 2011 at 4:53 PM said...

kenapa obama keluarkan arahan supaya osama perlu ditembak mati sedangkan dia buruan yang paling amerika cari..
saddam hussien dorg tak tembak pun coz nak bicara la ape la..
mcm tipu je..

shayerrr on May 6, 2011 at 9:13 AM said...

ye sgt la tuh kan???

FRANCHISE-NETWORK on May 7, 2011 at 12:04 PM said...

patutnya mereka gah & tunjuk terang2 mayat osama kan?? pelik2...dunia semakin huru hara..manusia semakin ramai tk betul..adehhh..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!