Seorang juruteknik maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 25, Kuala Terengganu-Dungun, dekat Kampung Alor Toman, di sini malam semalam.
Kemalangan pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa, Tengku Azman Tengku Saibon, 38, tersepit dalam kereta yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kampung Putat Pendek, Kota Bharu, Kelantan dan bekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan luar pesisir di Kemaman.
Seorang penduduk, Ramlah Yatim, 40, berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia dan keluarga sedang menikmati makan malam sebelum terdengar bunyi kesan brek yang kuat.
"Kami lalu bergegas keluar dan ternampak sebuah kereta remuk terlanggar besi penghadang jalan depan rumah. Saya juga melihat seorang lelaki tersepit pada bahagian pemandu dan dalam keadaan parah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jelas Ramlah, beberapa pengguna jalan raya berhenti dan cuba membantu tetapi gagal kerana keadaan mangsa kritikal dan hanya mampu mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah.
"Anggota bomba dan penyelamat yang datang tidak lama kemudian mengeluarkan mayat mangsa dengan mengopak bumbung kereta," katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Zohan Seman ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
p/s - tak payah nak counting, birthday lulu 28.05.88... ngee
.
3 Penyokong CHELSEA:
ya Allah..takziah utk keluarga arwah..
minta di jauhkan..
psstt....yer yerrrrr noteddddd ;D
muahahaha
@PinKy MoMMa lulu besarkan mata... Takut tak? takut tak?
aduhh..tragisnya..
Post a Comment