Saturday, May 28, 2011

Lelaki Indonesia dijumpai dibunuh

Seorang lelaki rakyat Indonesia ditemui mati dibunuh di belakang rumah kedai setingkat di Taman Paroi Jaya di sini hari ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arip, 30-an, ditemui dalam keadaan cedera parah dengan perutnya terburai oleh rakannya pada pukul 5 pagi.

"Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini. Motif kejadian sedang disiasat,” kataTimbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt. Mohd. Yusoff Awang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit itu diserang seorang lelaki dengan senjata tajam ketika dia keluar dari rumahnya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban melalui talian 06-6033222 atau hotline 06-6014999 bagi membantu siasatan.




.

1 Penyokong CHELSEA:

mcm ni lah on May 28, 2011 at 8:53 PM said...

kalo perut terburai mesti senjata nye kerambit,.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!