Monday, May 9, 2011

Lemas disungai Perak


Mayat anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang dua hari lalu, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengah hari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai," katanya ketika dihubungi.

Azman berkata, kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada 12 tengah hari Jumaat lalu ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.

Katanya, gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya.



 P/S - Ramai yang mati lemas sejak akhir-akhir ni.. Tolonglah berhati-hati terutama untuk anak-anak kecil..



.

1 Penyokong CHELSEA:

mOon EyEzS on May 10, 2011 at 10:59 AM said...

...betOi...banyak kes lemas akhir2 ni...jenuh recall balik sapa dia mOdel ni...nOw dh ingt

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!