Saturday, May 14, 2011

Maut rempur lori treler


Dua ahli perniagaan maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori treler bermuatan besi di Kilometer 232.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Plaza Tol Kuantan, di sini hari ini.

Kemalangan pukul 5 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Hilmy Hamzah, 34, yang memandu kereta Mercedes-Benz dan rakannya, Aziz Hussin, 49, penumpang belakang maut di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Norhasni Ismail, 33, di tempat duduk hadapan penumpang cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
"Sampai di tempat kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang lori treler. Kedua- duanya cedera parah di kepala dan dada," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.


Menurutnya, pemandu lori treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, jenazah kedua-dua mangsa telah dibawa ke rumah mayat HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.
Menurutnya, siasatan berkaitan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Counting to my birthday on 28 Mei..



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!