Don Flounders (81) dan isterinya, Iris (88) memutuskan untuk mengakhiri hidup bersama setelah Don didiagnosis menderita kanser paru-paru sejak 2007. Pasangan yang berasal dari London ini membeli ubat untuk haiwan dan meminumnya.
Pasangan yang mengakhiri hidup di Australia ini merakam 'video kematian' menjelang ajal mereka. Video yang segera dimuatkan di YouTube itu dengan niat untuk membuktikan peraturan undang-undang agar mereka yang menderita sakit parah diperkenankan mengakhiri hidup.
Seperti dipetik dari Daily Mail, mereka menginginkan video itu boleh membawa sebuah perubahan dalam sistem undang-undang. Mereka ingin mewujudkan peraturan yang membolehkan kawan dan keluarga boleh menjadi saksi ketika ada orang yang ingin mengakhiri hidup mereka sendiri, tanpa takut pada undang-undang.
Selama ini, undang-undang di England dan Australia membuat peraturan bahawa setiap orang yang hadir dalam aksi bunuh diri kawan atau keluarga akan berhadapan dengan pengadilan.
"Aku ingin memiliki pilihan terakhir, bagaimana, dan bila aku mati," kata Don dalam salah video itu, seperti yang dimuatkan dalam The Sunday Times. "Aku telah mencapai titik di mana kualiti hidup mengerikan. Aku bergantung kepada Iris dan duniaku telah menyusut di kamar tidur kecil ini. Tidak ada kehidupan".
Jasad pasangan ini ditemui berpegangan tangan pada hari Jumaat di rumah mereka di Waragul, Victoria. Anak perempuan mereka Gillian (58) dan anaknya Stephen (52) serta anggota keluarga lain, menyedari niat orangtua mereka.
.
1 Penyokong CHELSEA:
dh mcm cte the notebook la mati sme2 pegang tgn tp cume dorg ni suicide je la
Post a Comment