Monday, May 23, 2011

Penduduk belasah suspek curi


Akibat geram kegiatan curi motosikal dan pecah rumah semakin menjadi-jadi, sekumpulan penduduk bertindak membelasah seorang lelaki yang disyaki suspek jenayah itu yang berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis.
Suspek sudah lama dicari oleh penduduk kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dekat sini.
Menurut sumber, lelaki terbabit bagaimanapun tersilap langkah apabila mengunjungi sebuah restoran di situ semalam untuk membeli minuman yang kebetulan ada pengunjung mengenalinya.
“Para pengunjung restoran kemudian berpakat mengejar dan berjaya memberkasnya di hadapan restoran berkenaan.
“Dia kemudian dibelasah hampir sejam sebelum polis tiba dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Sumber itu berkata, suspek yang dibelasah mengalami kecederaan di kepala, tetapi tidak serius.



P/S - Ada banyak cara lagi cari duit halal kan? Kenapa mesti mencuri??



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 23, 2011 at 3:38 PM said...

tu la..padan muka dia kan...anyway..dah tgk td result kat dyahaha's blog...TQ lulu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!