"Mana suami saya... dia masih hidup atau tidak," jerit Fauziah Mohd Noor apabila tiba di persimpangan Taman Bertuah, Jalan Kuala Kangsar-Ipoh dekat sini, lokasi suaminya maut dan mayatnya melekat pada motosikal akibat digilis lori, petang semalam.
Fauziah, 46, dari Taman Klebang Restu dekat sini, gagal menahan sebak dan tidak sanggup menatap jenazah suaminya yang ditutupi plastik hitam kerana tidak percaya Sulaiman Tam, 56, mati dan terpaksa ditenangkan orang ramai yang berada di situ.
“Abang, maafkan saya... ampunkan saya. Saya tahu abang berada dalam keadaan runsing kerana memikirkan keadaan ibu yang sedang sakit,” kata Fauziah sambil menangis dan berzikir untuk menenangkan kesedihannya.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Sulaiman mati di tempat kejadian selepas parah di kepala akibat digilis tayar belakang sebuah lori tiga tan membawa baja yang dalam perjalanan dari Taiping ke Taman Bertuah di Ipoh.
Kemalangan itu berlaku ketika mangsa berseorangan menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dalam perjalanan untuk mengambil anak perempuannya yang berusia lapan tahun di sebuah sekolah berdekatan.
Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan lori sebelum terjatuh dan kepalanya digilis tayar belakang lori tersebut.
Sulaiman yang juga peniaga pasar malam meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan mayatnya melekat pada motosikalnya.
Sementara itu, di lokasi sama, seorang anggota polis dari Unit Kereta Peronda, Sarjan Jamaludin Hussin, turut cedera dan patah pergelangan tumit kaki kiri selepas dilanggar motosikal ketika membuat kawalan lalu lintas
di tempat kejadian.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Al-fatihah...
ngeri la...
mOon pong penunggang motorsikal..kalo ada accdnt moOn x berani nak tOleh pOng...
Post a Comment