Friday, May 27, 2011

Potong dua telinga

Seorang lelaki parah apabila telinganya dipotong dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikatakan didatangi seorang lelaki dan secara tiba-tiba menariknya ke seberang jalan lalu merampas beg dan telefon bimbitnya.

Difahamkan, mangsa yang bersendirian ketika itu sedang bersiap untuk keluar berniaga daging turut ditutup mulutnya sebelum diseret ke dalam semak.
Dipercayai kedua-dua belah telinga mangsa dipotong sebelum dia dihumban ke dalam longkang berhampiran kawasan berkenaan.

Mangsa yang berlumuran darah ditemui anak lelakinya yang baru pulang bekerja dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 7 pagi.

Dia dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke hospital swasta di bahagian pulau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, polis yang menerima laporan menjalankan gerakan mengesan suspek.

Menurutnya, kira-kira dua jam kemudian suspek dikenal pasti dan ditahan di sekitar daerah itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan berusia 46 tahun dipercayai memotong telinga mangsa dengan senjata tajam,” katanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on May 27, 2011 at 11:03 AM said...

ya allah...ngerinye..!
dtg sini.. jom tgkk entri terbaru nina :)

nurul on May 27, 2011 at 11:34 AM said...

Ya Allah..kesiannya..

Anonymous said...

ish kejam betul kan...skrg telinga dibuat main pulak dah!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!