Seorang jejaka berhasil memecahkan rekod dunia dengan tidak makan dan minum selama 480 jam. Selama waktu tersebutlah, Russel Miracle (22), berdiam dalam kotak.
Aksi tidak makan-minum selama 20 hari membuatkan Russel mengalahkan rekod David Blane. Dia berdiam dalam kotak sepanjang 200 sentimeter (cm), lebar dan tinggi 80 cm. Pada kotak tersebut terdapat lubang udara berdiameter 8 cm.
Ribuan orang di Mal Artha Gading, Jakarta Pusat, menyaksikan Russel di minit-minit terakhir menyelesaikan aksinya. Dia lemas tidak berdaya. Berat badannya pun menurun drastik. Sebelum beraksi, berat badannya adalah 81 kilogram, namun ketika keluar dari kotak turun sehingga 65 kg. Ketika diberi makan dan minum, dia terus merasa mual.
Russel berkata tindakan nekadnya semata-mata untuk menunjukkan pada dunia, dia mampu melakukan seperti dilakukan oleh orang lain.
.
5 Penyokong CHELSEA:
mcm2 lor..
aiyoo..sanggup seh dyer wat cmtu..
hanya kerana nama...
20 hari? lamanya... hebat2
gilo!kalau den lebuluq
Post a Comment