Monday, May 23, 2011

Tujuh jenazah satu liang lahad


Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini hari ini.

Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang.
Mereka ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18; Mohd. Azret Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Muhammad Naerzeim Mohd. Noor, 8; Mohd. Zaid Azahari, 14; Mohd. Iman Fahad, 9, dan Muhammad Hazim Sapree, 10.

Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini iaitu Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, dan Muhammad Riezman Abdul Latif, 9.

Tujuh lagi mayat mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing. Tiga daripadanya dikebumikan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.
Di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat, lebih 500 penduduk menyertai solat jenazah mangsa kejadian tanah runtuh itu sebelum semua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
Lima daripada jenazah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 10.45 pagi, diikuti dua jenazah pada pukul 12.41 tengah hari.

Sebaik sahaja semua waris selesai melakukan pengecaman wajah mangsa, jenazah kemudian disembahyangkan kira-kira pukul 1.35 petang.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi itu.

Tinjauan mendapati, kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan kepada 16 mangsa yang terbunuh berkumpul di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan seawal pukul 7 pagi.
Selesai sahaja proses bedah siasat dijalankan, jenazah mangsa mula dituntut oleh keluarga masing-masing secara bergilir-gilir mulai pukul 7 pagi ini dan selesai pukul 12 tengah hari.
Seramai 37 kakitangan HKL termasuk pegawai agama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak tidur sejak pukul 9.30 malam tadi kerana bertungkus-lumus menguruskan kesemua 16 mayat mangsa tragedi itu.




P/S - Takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai mangsa... Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini..




.

4 Penyokong CHELSEA:

Mak Jemah on May 23, 2011 at 9:36 AM said...

takziah buat keluarga si mati...sempat ziarah tpt kejadian semlm...berdekatan dgn rumah mertua....sedih sgt dgn nasib yg menimpa mereka....semogga ditempatkan di kalangan org² yg beriman...amin..

Axie04 on May 23, 2011 at 9:51 AM said...

besarnya dugaan kepada keluarga yang kehilangan
semoga roh mereka dicucuri rahmat

aizamia3 on May 23, 2011 at 9:51 AM said...

takziah buat keluarga mangsa.. banyakkan bersabar..

Ezad Skytech on May 23, 2011 at 10:00 AM said...

Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh... Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!