Dalam tempoh 12 jam, lapan terbunuh, termasuk dua beradik Orang Asli dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta, Pahang dan Jalan Kampung Raja-Lama Lojing, Gua Musang, Kelantan pada malam kelmarin dan pagi semalam.
Dalam kemalangan pertama, empat sahabat terbunuh, manakala seorang parah apabila kereta dinaiki putus tiga selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lipis.
Dalam kejadian jam 11.45 malam, pemandu kereta Toyota Vios, Hoi Wai Kin, 20, dari Benta Jaya, Lipis, bersama penumpang, Wong Kok Heng, 17, Wong Chin Xion dan Yap Chung Hung dari Kampung Penjom dan masing-masing berusia 15 tahun maut di tempat kejadian.
Seorang lagi penumpang, Chan Kwan Yong, 30, juga dari Kampung Penjom, patah tangan dan cedera kepala dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan mendapati, mangsa dalam perjalanan dari Penjom ke Benta untuk makan di sebuah restoran di situ.
“Bagaimanapun, kereta dipercayai dipandu laju hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Kuala Lumpur-Kelantan.
“Kereta dinaiki mangsa dikatakan berpusing menyebabkan Wai Kin yang bekerja sebagai pemandu jentera dan empat penumpang tercampak 10 meter dari kereta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Chin Xion dan Chung Hung adalah pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa, di sini.
Abdul Razak berkata, pemandu bas, Wan Seman Wan Yi, 48, cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.
DI GUA MUSANG: Empat lelaki maut, apabila lori sarat dengan muatan baja terbabas sebelum jatuh dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Kampung Raja-Lama Lojing, dekat sini, jam 11.30 pagi, semalam.
Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali S Balakrishnan, 39, yang memandu lori terbabit; K Muniady, 31, manakala dua beradik Orang Asli ialah Bah Chiumebu Saleh, 30 dan adiknya, Bah Jipi, 28. Kesemua mangsa berasal dari Perak.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata kejadian berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Lojing untuk menghantar baja.
Katanya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang untuk mengeluarkan dua daripada empat mangsa yang tertimbus di bawah baja dibawa lori terbabit.
“Dua mangsa lain ditemui berhampiran lori berkenaan dan dipercayai tercampak keluar. Semua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat,” katanya.
.
5 Penyokong CHELSEA:
berhati2 dijalan raya..ingat org tersayang
STP HARI ADA ACCIDENT..PELIK..
ngeri tengok kereta yg remuk teruk
ngerinyaa
takutnye lah haiiii
**sayammm...lama tak borak ngan kamu!! windu sehhh
Post a Comment