Sebagai seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menjadi rutin tugas Wardi Ahmad, 28, untuk memeriksa mana-mana kenderaan yang berhenti di bahu jalan atau dalam keadaan mencurigakan.
Namun siapa sangka dia menemui ajal ketika menjalankan rutinnya itu – iaitu ketika dia bersama tiga lagi penguat kuasa JPJ memeriksa sebuah lori rosak di tepi Jalan Batang Benar, Mantin, dekat sini.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, sebuah kereta Ford Laser terbabas merempuh Wardi yang sedang membuat pemeriksaan terhadap lori berkenaan. Pemandu kereta itu, Ismail Dahlan, 44, turut terbunuh.
Jurucakap polis memberitahu, kereta yang dipandu Ismail hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa yang diletakkan berdekatan lori berkenaan.
“Wardi yang berada di belakang kenderaan JPJ cedera parah di kepala dan anggota badan. Wardi dan Ismail dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja‘afar Seremban (HTJ) di sini, namun kedua-duanya meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap polis itu memberitahu tiga lagi anggota JPJ dan pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.
.
1 Penyokong CHELSEA:
sorg lagi anggota JPJ maut...
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/transformasi-pendidikan.html
Post a Comment