Monday, June 27, 2011

Anggota TLDM, kanak-kanak 2 tahun terbunuh


Dua termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 240.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Tol Pedas-Linggi, arah utara dekat sini, hari ini.

Turut terbunuh bersama Ramlan Pilus, 29, ialah seorang anak perempuan rakannya, Nurul Emi Najwa, 2.
Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika Ramlan dikatakan menumpang MPV Perodua Alza rakannya, Mohd. Latip Ismail, 33, yang juga anggota TLDM bersama isterinya, Rosilawati Majid, 33, dan dua anaknya, Mohd. Isdaniel, 5, dan Nurul.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Lumut, Perak, selepas kedua-duanya selesai menyertai kejohanan hoki di Melaka.

Jurucakap polis berkata, MPV itu terbabas ke tepi lebuh raya sebelum terbalik dan terseret sejauh 70 meter sehingga terhumban ke dalam longkang berhampiran.
"Kemalangan yang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara itu gagal dikawal kerana dipercayai dipandu laju menyebabkannya terbabas.

"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi penumpang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.
"Polis menyiasat punca kemalangan dan kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada ahli keluarga," katanya.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on June 27, 2011 at 9:00 AM said...

moga arwah ditempatkan dikalang org yg beriman.. Al-Fatihah..

Nini D.. on June 27, 2011 at 9:00 AM said...

Innalillah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!