Nurul Sarah Suffian Afendi, 2, cedera parah dalam kemalangan yang mengorbankan empat ahli keluarganya yang lain dalam kemalangan 3 petang Khamis di KM 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Ipoh. Sarah kehilangan ibunya Zalinda Zainuddin, 33, kakaknya Aishah Suffian Afendi,7, datuknya Zainuddin Abas, 69, serta neneknya Azizah Mahmood, 69, dalam kemalangan tersebut. Kereta yang dipandu oleh datuknya dalam perjalanan dari pulang dari bercuti di Kelantan ke rumahnya di Kuala Kangsar.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment