Tuesday, June 14, 2011

Cinta pandang pertama........

Cinta pandang pertama di perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, membawa seorang warga emas yang juga Imam 3, Masjid Bandar Tasik Puteri (MBTP), Idris Muhammad Sharif, 72, ke jenjang pelamin bersama Junanaah Zakaria, 53, kelmarin.
Pasangan berkenaan mengakui gementar pada saat majlis pernikahan itu dimulakan, namun gembira hasrat mereka mendirikan mahligai tercapai.

Idris berkata, semuanya bermula di tapak perkuburan selepas kematian isterinya, Miah Bidin, 64, pada 2009.
“Sejak kematian isteri, saya menziarahi kubur arwah setiap hari. Pada masa sama, saya lihat ada seorang wanita turut ada di situ menziarahi kubur arwah suaminya.

“Setiap kali bertemu, kami tak bertegur sapa. Namun hati ini terdetik hendak bertanya sesuatu tapi terasa malu. Di situlah hati saya terdetik memikat hati wanita berkenaan,” katanya. Sementara itu, Junanaah berkata, dia menziarahi kubur arwah suaminya setiap hari sejak Mohd Isa A Yasih, 71, meninggal dunia juga pada 2009.

“Saban hari saya menziarahi kubur arwah suami manakala abang (Idris) menziarahi kubur arwah isterinya. Kami hanya berpandangan tapi tak berani bertegur sapa. “Pada Mac lalu abang merisik dengan menghubungi saya sendiri tanpa menerusi orang tengah. Dia menyatakan hasratnya untuk memperisterikan saya. Saya terpinga-pinga kerana tak tahu dari mana abang dapat nombor telefon saya tapi inilah yang dikatakan jodoh,” katanya.

Menerusi perkahwinan pertama, Idris dianugerahi lima anak dan lapan cucu manakala Junanaah pula mempunyai dua anak dan enam cucu.



.

4 Penyokong CHELSEA:

risa on June 14, 2011 at 1:10 PM said...

alololo so suwettt...mana gambo eh?

Nini D.. on June 14, 2011 at 1:44 PM said...

dah jodoh..Alhamdulillah :)

pupel liyana on June 14, 2011 at 2:24 PM said...

wah!..jodoh mereka:) menarik

THE GREEN on June 14, 2011 at 8:36 PM said...

jodoh itu ketentuanNya..lulu pulak bila lg? :-)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!