Thursday, June 16, 2011

Didakwa bunuh amah



Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia, di sebuah rumah di Sea Park, di sini.

Kedua-dua tertuduh, Fong Kong Meng, 55, dan isterinya Teoh Ching Yen, 33, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Kong Meng, seorang bekas juru teknik dan isterinya didakwa dengan niat bersama membunuh Isti Komariyah, 26, di sebuah rumah No 90 Jalan SS/2/6, Sea Park, di sini di antara 1 Julai 2010 hingga 5 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd Azari Harun manakala peguam MS Guok mewakili tertuduh pertama iaitu Kong Meng manakala isterinya diwakili peguam SK Thong.

Mahkamah menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai didera oleh pasangan itu yang juga majikannya sehingga mengalami kecederaan di badan, dahi dan lengan serta terdapat kesan calar.

Mangsa yang bekerja dengan pasangan sejak Disember 2008 itu, meninggal dunia selepas dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on June 16, 2011 at 8:03 AM said...

morning my dear :)

Niena Muhammad on June 16, 2011 at 8:15 AM said...

erm, lau bukan majikan dera amah,amah lak curik barang majikan @ dera ank majikan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!