Seorang lelaki bernama Nguyen Duy Hai berusia 31 tahun terpaksa hidup dengan tumor seberat 186 pounds atau kira-kira 84 kilogram di kakinya selama 14 tahun. Lelaki yang tinggal di Da Lat, Vietnam, sudah menjalani pembedahan sejak 14 tahun yang lalu di kaki kiri namun tumor itu tetap tumbuh dengan lebar tiga kaki.
"Saya tidak dapat melakukan apa pun. Saya hanya boleh duduk dan tidur," katanya. Meskipun dengan penderitaan yang sangat berat, Hai tetap tersenyum dengan tulus dan menerima hidup apa adanya.
Tumor ini merupakan yang terbesar pernah didokumentasikan di Vietnam. Demikian disampaikan Vu Van Thach, ketua Departmen Pemeriksaan di Hanoi.
Keluarga Hai sangat miskin dan tidak mampu melakukan pembedahan setelah pembedahan tahun 1997. Kini dia melakukan apa saja untuk mencari dana agar dia boleh mendapat pertolongan perubatan.
"Tumor ini tidak seperti kanser dan kemungkinan kerana mutasi genetik," kata Vu Van Thach, sambil menambah, jika tumor itu berbahaya maka Hai tak mungkin hidup sehingga sekarang.
.
7 Penyokong CHELSEA:
kesiannya ...
siannye die,..trkjut tgk yg mne satu yg kne tumor tu,.
Lulu!!!...i'm back!!
miss u so much!!
ngerinya tengok..
kesian juga...
kesian nye dia :(
bapak.. besaq sial..
Post a Comment