Sunday, June 19, 2011

Ibu kartunis/pengarah meninggal dunia


Ibu pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Noor Azian Said, 90, meninggal dunia malam tadi akibat sakit tua di kediamannya di Sungai Rokam dekat sini.

Allahyarham yang juga merupakan ibu kepada kartunis terkenal, Datuk Lat menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli-ahli keluarga terdekat kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Allahyarham meninggalkan lima anak iaitu dua perempuan dan tiga lelaki termasuk Datuk Lat sebagai anak sulung dan Mamat yang bongsu.

Mamat ketika ditemui di kediamannya berkata, beliau reda dengan pemergian ibunya walaupun tidak sempat berada di samping wanita itu ketika menghembuskan nafas terakhirnya.
"Saya tidak sempat berada di saat-saat akhir ibu kerana terbabit sebagai juri program Maharaja Lawak di Johor Bahru," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paloh, kira-kira pukul 2 petang selepas solat zuhur hari ini.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Syazwan Che Deraman on June 19, 2011 at 3:37 PM said...

alfatihah!..
btw, u pegi tak tengok chelsea main 21 julai nie?

Akmall Razlan on June 19, 2011 at 3:49 PM said...

mamat khalid n datuk lat tu adik badik ke?..hebat...patut la dua2 kreatif!!!

Nazzue on June 19, 2011 at 4:19 PM said...

Takziah....

Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terkini: Arghhh!! Jangan Kau Curi Hak Aku...

Ainul Hayat on December 1, 2011 at 3:42 PM said...

Takziah...
Baru tahu Abg Mamat dgn Datuk Lat tu adik-beradik.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!