Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak yang menjadi harapan keluarga terlantar tidak berdaya.
Namun itulah yang dirasai Misilah Rosland, 47, mengenangkan nasib anak kedua daripada empat beradik, Siti Zarina Mohd. Zainal, 25, yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan sejak kemalangan tujuh tahun lalu.
Insiden di jalan raya berdekatan Felcra Sungai Ara di sini itu turut meragut nyawa suaminya, Mohd. Zainal Sanap, 51, namun dia dan Siti Zarina terselamat.
"Pada masa berlaku kemalangan yang menyayat hati itu, kami dalam perjalanan pulang dari melawat datuknya di Kota Tinggi," katanya di rumahnya di Felda Tenggaroh 1, di sini baru-baru ini.
Katanya, sejak itu anaknya hanya mampu terbaring kerana seluruh anggota badannya kaku dan hanya air mata yang kadangkala mengalir membasahi pipinya apabila direnung atau ditinggalkan.
Jelasnya, belakang badannya kini melecet kerana terlalu lama berbaring dan terpaksa disapukan minyak bagi meredakan kepedihan.
"Anak saya tidak boleh makan dan hanya diberikan susu khas enam kali sehari yang berharga RM68 setin menggunakan saluran tiub sejak tujuh tahun lalu," katanya yang tidak bekerja itu.
Difahamkan, satu tin susu habis dalam masa dua hari sementara minyak khas tersebut yang berharga RM50 sebotol habis dalam tiga hari.
Melihatkan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Misilah itu, pihak Baitulmal telah memberikan bantuan sebanyak RM1,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu tetapi masih banyak perbelanjaan yang harus ditanggung seperti lapan bungkus lampin pakai buang setiap bulan.
Selain itu, Misilah juga sedih kerana anaknya masih diburu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meminta hutang pinjaman RM5,000 dilangsaikan walaupun dia kini terlantar koma.
Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 07-7912090 atau memberi sumbangan menerusi akaun Maybank 151071197310.
.
4 Penyokong CHELSEA:
cik lulu pinjam yer,. nanti sy letak backlink
ya sudah ni link nye
http://www.macamnilahkita.com/2011/06/ibu-rayu-bantu-anak-terlantar-tujuh.html
huh . org PTPTN ni pun sabarlaa, kan org tuh da terlantar. memerlukan bantuan plak tuhh .
saya dah publish kisah sedih ni di wall dato seri najib dan muhyiddin yassin,. dah publish juga di wall ketua pemuda umno,. harap akan sampai kt wakil rakyat kota tinggi
Post a Comment