PENYANYI Pink memutuskan untuk menjual dan menyiarkan gambar bayinya, Willow agar para paparazzi tidak lagi mengganggu mereka.
Dia kesal dan kurang senang dengan tindakan paparazzi yang memburu Willow yang baru dilahirkan pada 2 Jun lalu.
Kemarahan Pink ini terbit apabila paparazzi sudah dianggap berlebihan dan selalu mengekori mereka setiap kali keluarganya keluar rumah.
"Disebabkan paparazzi sering menganggu kami yang kadangkala agresif dan membahayakan bayi saya, hanya kerana hendak mendapatkan gambar pertama puteri kami, jadi kami memutuskan untuk menyiarkan gambar peribadi Willow dan mendermakan semua wang yang terkumpul untuk amal.
"Saya masih boleh menerima jika mereka mengasari dan mengekori kami yang dewasa ini. Tetapi anak-anak harus dilindungi dengan aman. Jadi, harus ada perbezaan yang jelas dalam hal ini," ujar Pink seperti dipetik dari Aceshowbiz.com.
Pink turut menyalahkan kerajaan negaranya yang mengizinkan dan memberi gaji pada paparazzi yang dianggap sangat mengganggu.
Dalam masa yang sama, Pink juga mempersoalkan tindakan para paparazzi sampai mengejar foto anak-anak selebriti di luar sekolah.
.
5 Penyokong CHELSEA:
mcm2..hahaha
macam-macam je. hollywood mmg gini lah gayanye. huhu...
senang2 je jual gambar dapat duit hmmm
ohh..sama bulan dgn najwan.. hihihih
susah jugak jd femes ni...mcm2 hal lak huhuhu
Post a Comment