Tuesday, June 14, 2011

Kena berhati-hati ni..


Sindiket penipuan Internet melibatkan andartu sebagai mangsa kini beralih angin apabila mereka mengubah modus operandi untuk mengaut keuntungan daripada wanita yang terdesak mencari cinta pula.
Terbaru, taktik yang digunakan sekumpulan 11 lelaki Nigeria berusia lingkungan 30-an ialah menyamar sebagai doktor pakar dari sebuah hospital swasta terkenal di sini untuk menipu seorang wanita Perancis mengatakan konon teman lelakinya ditimpa kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian berlaku apabila mangsa mula menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang suspek yang menyamar sebagai lelaki Amerika Syarikat (AS) bergelar Jerry selepas berkenalan di sebuah laman sosial enam tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, wanita bujang berusia 52 tahun dikenali sebagai Aleyna tidak pernah bertemu dengan lelaki AS tersebut yang mendakwa bekerja di negara ini sebagai ahli perniagaan berkaitan komputer.
“Pada April lalu, mangsa menerima panggilan daripada dua lelaki yang menyamar sebagai Dr. Jerry dan Dr. Abby mengatakan teman lelakinya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan dan perlu dibedah.

“Suspek kemudian mengarahkan supaya mangsa memasukkan 200,000 Euro (RM889,473) ke dalam satu akaun untuk digunakan sebagai kos pembedahan,” katanya pada sidang akhbar semalam.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Syafie Abdullah on June 14, 2011 at 9:18 AM said...

Mcm2 cara orang nak menipu skrg ni.

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/06/bunga-ros-dalam-perubatan.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!