Wednesday, June 15, 2011

Kereta sardin?


Padat macam sardin! Demikian perbandingan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang penyeludup yang menggunakan sebuah kereta jenis Proton Satria untuk mengangkut 1,200 liter petrol yang diisi di dalam 40 buah tong.

Bagaimanapun, petrol bernilai RM2,280 itu dapat diselamatkan daripada diseludup ke negara jiran oleh sepasukan empat anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor selepas melakukan intipan di kawasan pangkalan haram Mat Yie, Tualang dan Simpangan dekat sini pada pukul 4.30 pagi semalam.
Penolong Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Wan Ismail Wan Mamat memberitahu, sebaik diintip, pihaknya mengesan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki memasuki kawasan itu sebelum berhenti di tepi sungai di situ.

Katanya, sebaik melihat suspek berhenti, pihaknya terus melakukan serbuan menyebabkan lelaki itu dan sebuah bot dikemudi beberapa individu yang ketika itu sedang menunggu di sungai tersebut melarikan diri.
“Pemeriksaan mendapati terdapat 30 tong berisi 900 liter petrol berada di dalam kereta itu manakala 10 tong lagi mengandungi 300 liter petrol diletakkan berdekatan kenderaan tersebut.
“Nilai keseluruhan 1,200 liter petrol yang dirampas itu ialah RM2,280 manakala kereta yang telah kita sita itu pula dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya ketika ditemui semalam.



P/S - Kan orang asing tak boleh senang2 jer beli minyak? Ni macam senang nak seludup jer??



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!