DRAMATIS popular, Arbaiyah Abdul Manan, 34 atau Abby Abadi mempersoalkan motif tindakan Memey Suhaiza Suhaimi, 23, yang membawa dua daripada tiga orang anaknya hadir ke sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur, minggu lepas.
Abby mendakwa, tindakan tunang Norman Hakim, 35, itu adalah di luar pengetahuannya walaupun dia tidak dapat menghalang sekiranya anak-anaknya dibawa bersiar-siar oleh bekas suaminya itu dengan disertai oleh Memey.
Abby meluahkan rasa tidak senang hati setelah mendapat tahu dua anak perempuannya, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim, masing-masing berumur enam dan tiga tahun, dibawa ke satu majlis tanpa ditemani oleh bekas suaminya itu.
Lebih tidak elok lagi apabila majlis tersebut diadakan pada sebelah malam dan kanak-kanak tidak digalakkan dibawa ke majlis tersebut.
Menerusi perbualan telefon, Abby memberitahu, dia amat berkecil hati dengan sikap Norman yang membenarkan Memey membawa anak-anak mereka walhal majlis tersebut tidak sesuai dihadiri oleh kanak-kanak.
"Jujurnya, saya tidak tahu menahu bahawa anak-anak saya dibawa ke majlis tersebut.
"Setahu saya, seperti biasa, Norman minta kebenaran untuk membawa anak-anak keluar kerana mahu meluangkan masa bersama.
"Kebetulan, pada hari Norman menjemput anak-anak, saya tidak ada di rumah kerana mempunyai komitmen lain di luar Kuala Lumpur, " jelas Abby.
Ketika ditanya adakah tindakan Memey itu mengundang kemarahan di lubuk hatinya, dalam nada tenang Abby menjelaskan, dia cuma terkilan dan tidak suka dengan apa yang telah dilakukan oleh Memey.
Tambah Abby, sudah banyak kali dia menegur bekas suaminya dan Memey agar jangan membawa anak-anak ke tempat-tempat yang tidak sesuai tetapi tegurannya itu tidak diendahkan.
"Ia seolah-olah membelakangkan peranan dan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada anak-anak saya.
"Hendak dimarah pun, mereka (Norman dan Memey) sudah dewasa dan selaku ayah kepada anak-anak saya, Norman ada hak untuk membawa anak-anak keluar. Sepatutnya mereka sendiri boleh berfikir apa yang wajar dan apa yang tidak wajar.
"Saya bukan ingin menyekat aktiviti mereka dengan anak-anak. Tetapi mereka harus menghormati juga perasaan saya sebagai ibu yang turut menerima tempias sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini ke atas anak-anak saya," komen Abby.
Di samping itu, rintih Abby, sama ada Norman mahupun Memey, mereka sepatutnya kasihan dan peka terhadap anak-anaknya yang masih kecil dan bukannya mendedahkan anak-anak sekecil itu kepada perkara duniawi.
Pada usia tiga dan enam tahun, menurut Abby, anak-anaknya tidak seharusnya berada dalam sebuah majlis yang dianjurkan khas untuk golongan wanita dewasa sementelah ia diadakan pada sebelah malam.
"Kasihanilah kepada mereka kerana bagaikan dipaksa untuk bersengkang mata sehingga majlis itu tamat pada lewat malam.
"Lazimnya, anak-anak sudah dibuai mimpi pada waktu itu. Ini tidak, masih berada di luar, lebih-lebih lagi di sebuah majlis yang mereka sendiri (anak-anak) tidak faham apakah kebaikan majlis itu untuk mereka," luah Abby yang ternyata kesal dengan apa yang telah berlaku.
.
4 Penyokong CHELSEA:
Sabar je Abby..yang penting nasihat je anak2 tu
isk.. ada ke patut camtu, kecik2 dah dedahkan dgn bnda yg camtu... memey tu masih muda lgi, mgkin dia msh xleh nk fikir mana 1 baik buruknya,.. mgkin dia nk bgi budak2 tu rasa keseronokan tpi dia silap... hrp bnda ni xkn berlaku pd sesapa lgi
hmmmmmm memey memey.....
klu akak pun pastinya akan rasa yg sama juga..
Post a Comment