Friday, June 24, 2011

Mahu jumpa ibu..


Dua adik-beradik Myanmar masuk secara haram ke negara ini kerana dikatakan mahu berjumpa ibu mereka.
Namun mereka yang berumur empat dan enam tahun ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Ladang Tebu Chuping dekat sini malam tadi.

Turut ditahan ialah bapa mereka yang berusia 45 tahun yang memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mahu membawa anak-anak lelakinya itu untuk berjumpa ibu mereka di Kuala Lumpur.
Dia pernah datang ke Malaysia sebelum ini.

Anak-beranak ini adalah antara 21 warga Myanmar yang ditahan kira-kira 10.45 malam.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!