“Saya tak sanggup melihat mayat anak yang hancur kaki dan badannya akibat digilis treler. Sungguh tidak sangka dia pergi secara mengejut dan ia memilukan kami sekeluarga,” kata Rosnah Dollah, 49, ibu Mohd Zulfadzli Ramli, 16, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Sentosa-Kuala Kubu Bharu, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dan dibonceng rakannya, Muhammad Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, pulang daripada bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di Bandar Bukit Sentosa ke rumah mereka di Taman Seroja, dekat sini.
Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 3.10 pagi selepas menerima berita itu daripada jiran.
“Saya tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak yang terperosok bawah treler panjang. Rakannya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejam selepas kejadian.
“Arwah mahu pulang ke rumah selepas bekerja sambilan sejak setahun lalu di Bandar Bukit Sentosa untuk mencari wang saku untuk belanja persekolahannya. Dia anak yang baik dan manja dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Rosnah, ketika kejadian dia dan suaminya, Ramli Mohd Yusof, 54, tidur di rumah.
Katanya, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 anak bongsu daripada tiga beradik suka berjenaka dan penyayang.
“Saya tidak sangka perangai peliknya yang meminta digosok kakinya berulang kali dua hari lalu petanda akhir hayatnya.
“Kami terkilan melihat keadaannya yang teruk selepas terbabit kemalangan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang dua remaja bertembung treler dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Nehru, 40, yang membuat pusingan U di laluan terbabit.
Katanya, treler terbabit melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terbabit datang ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk membuat laporan sejurus kejadian itu,” katanya.
***
Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis apabila tubuhnya terputus dua akibat digilis sebelum diseret sebuah treler sejauh 10 meter dalam kejadian di Kilometer 458.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh itu, kaki mangsa, T Theventheeran, 24, yang maut di tempat kejadian tersangkut pada satu tayar treler terbabit.
Difahamkan, treler berisi keluli itu cuba mengelak sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.
Namun, tindakan itu menyebabkan treler terbabit merempuh motosikal mangsa yang lalu di situ menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang lalu di lorong kiri jalan.
P/S - Berita yang berasingan. namun membabitkan jenis kenderaan yang sama iaitu treler dan motor... Sedihnya mati dalam keadaan begitu... Takziah buat keluarga mangsa...
.
5 Penyokong CHELSEA:
Bukit Sentosa dah dekat dgn rumah saya..
takziah....
takziah pada keluarga
tu la.. ambo pon da brase takot nk naik motor
ambo pon naik takot da lani nk naik motor..
Post a Comment