Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.
Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.
Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.
Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.
Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.
Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.
“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya.
.
6 Penyokong CHELSEA:
kalau ikut Hukum Islam , rs nye mmg gitu ler... tp diog ni agama pe?
haih! yang pi rejam sesuka hati tu apsal?
alahai..kesiannya
tak salah menghukum, tapi salah menghukum, buruk padahnya.. akan datangkan imej lagi buruk kat Islam. T.T
http://nurfuzie.blogspot.com/2011/05/chaiyok-cik-en-pencarian-cik-en-dan.html
jom join contest ni plak
islam tak mcamni..hukuman daam islam penuh beradab dan berhikmah
Post a Comment