Wednesday, June 29, 2011

Naik seringgit


Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.
Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya.




P/S - Bukan ayam jer lah yang naik, ada banyak lagi keperluan naik harga... Macam manalah nak raya ni...



.

6 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on June 29, 2011 at 10:51 AM said...

erm.. harga smua barang dah naik.... cuma gaji je yg ta naik2

Kancil 8349 on June 29, 2011 at 10:55 AM said...

kalau gaji naik...naik juga harga barang tu

Lulu Caldina on June 29, 2011 at 10:56 AM said...

@niena shopping2u itulah... entah bila nak naiknya

Leya on June 29, 2011 at 10:56 AM said...

baru2 ni beli ikan kembung 2 ekor 6 hengget,ayam sekor setengah 25 hengget....ini sangat menakutkan.Lebih lagi pada yang berpendapatan rendah

Lulu Caldina on June 29, 2011 at 10:59 AM said...

@Ums Niza gaji belum naik, brg dah berkali-kali-kali naiknya

Lulu Caldina on June 29, 2011 at 11:00 AM said...

@Leya itulah, bila nak makan kat restoran, gov tax dah 6%..adeh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!