Wednesday, June 22, 2011

Nyaris maut gerai dirempuh kereta


Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah yang terjadi terhadap seorang pelajar perempuan, Nor Ain Nadira Mohd. Hasli, 13, yang nyaris maut selepas gerai jualan tembikai bapanya dirempuh sebuah kereta mengakibatkan mangsa terseret sehingga terjatuh ke dalam parit di Jalan Jelor di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3.10 petang itu, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga itu pengsan selepas dirempuh kenderaan terbabit.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Nor Ain memberitahu, ketika kejadian, dia sedang duduk di bawah gerai sebelum dikejutkan dengan bunyi bising dari jalan raya.
Katanya, dia kemudian melihat dua buah kereta yang dipandu laju datang dari Tasek Pauh ke Pekan Pasir Puteh.

"Tiba-tiba salah sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai dan sejurus itu saya tidak ingat apa-apa kerana tidak sedarkan diri. Kejadian itu berlaku terlalu pantas," katanya kepada ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, dia ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap bersama gerai yang roboh di dalam parit berdekatan setelah diseret bersama-sama dua buah motosikal dan kereta terbabit.
Nor Ain Nadira memberitahu, dia bersyukur kerana selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan, serta merasa sakit di seluruh badan.
"Saya tidak sangka umur masih panjang sebab kalau dilihat kepada keadaan kejadian tersebut mungkin ramai yang menyangka saya sudah tiada," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Hasli Rashdi, 42, ketika ditemui hari ini berkata, dia terkejut sebaik sahaja dimaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu.
"Masa kejadian saya dalam perjalanan membeli makan tengah hari dan berpatah balik ke gerai tembikai sebaik sahaja menerima panggilan tentang kejadian yang menimpa Nor Ain.
"Pada waktu itu saya tinggalkan dia sekejap untuk membeli makan tengah hari, dan belum sampai setengah jam saya dikejutkan dengan kejadian tersebut,'' katanya.





.

1 Penyokong CHELSEA:

eddy syrol on June 22, 2011 at 9:18 AM said...

tragis... harus berhati2...

jom terjah.. NI PARKING AKU

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!