Saturday, June 11, 2011

Palsu pun boleh..

Seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol palsu melarikan wang tunai RM80,000 dari sebuah bank di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, lelaki itu mengambil masa lima minit untuk melakukan rompakan nekad tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki berusia lewat 20an itu yang memakai cermin mata hitam dan rambut palsu paras pinggang masuk ke dalam bank lalu melompat ke dalam kaunter.
Katanya, lelaki itu kemudian mengacukan pistol ke arah kerani wanita di kaunter itu serta mengarahkannya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam beg yang dibawanya.

"Suspek kemudiannya memaksa wanita itu mengikutnya sehingga ke pintu keluar sambil pistolnya diacu ke arah mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, setelah mengambil wang tersebut suspek bertindak melarikan diri dan mencampak pistol itu ke dalam longkang di hadapan bank terbabit sebelum menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan berhampiran bank berkenaan.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on June 11, 2011 at 9:05 AM said...

mak oi... baru2 ke ni lulu?

1 on June 11, 2011 at 9:55 AM said...

perompak tu teruklah..adakah ptt campakkan pistol..sah2 boleh kantoi..hehe..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!