Thursday, June 23, 2011

Patah kaki terjun bangunan

Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, patah kaki selepas terjun dari tingkat tiga sekolah pagi kelmarin, dipercayai akibat tekanan selepas gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dipercayai gagal mengawal emosinya sebelum bertindak di luar kawalan hingga menggemparkan pelajar dan guru sekolah berkenaan yang bersiap untuk perhimpunan pagi.

Difahamkan, pelajar terbabit ketika kejadian berada dalam kelasnya di tingkat dua sebelum secara tiba-tiba berlari keluar menuju ke tingkat tiga, memanjat dinding koridor dan terjun.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian ramai pelajar sudah ke dewan sekolah bersebelahan bangunan kelas untuk menyertai perhimpunan pagi namun mangsa masih berada di kelas.

“Saya dan beberapa pelajar lain yang berada di dewan kemudian terdengar bunyi seperti benda jatuh dan kami bergegas keluar dewan untuk memeriksa sebelum melihat mangsa terbaring mengerang kesakitan.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan St John Ambulans sekolah sebelum pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans bagi membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad, ketika dihubungi, di sini, semalam mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Namun, beliau menegaskan, kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak sekolah berkenaan dan mangsa bertindak demikian kerana masalah peribadi.

“Saya sudah bertemu dengan ibu bapa pelajar terbabit dan apa yang boleh dirumuskan kejadian itu berpunca daripada masalah peribadi dihadapi pelajar terbabit dan tiada kena mengena dengan persekitaran atau proses pembelajaran di sekolah.

“Malah saya juga meminta ibu bapa pelajar terbabit supaya tidak memberi tekanan berlebihan kepada anak mereka bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku,” katanya.

Selain itu, seorang jurucakap Unit Kaunseling HTAA berkata, ibu bapa seharusnya memahami keperluan dan kehendak anak mereka dari semua sudut termasuk bidang pendidikan.

“Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi dalam masa yang sama mereka memberi tekanan dengan memaksa untuk belajar di luar kemampuan.

“Dalam kes seperti ini, ibu bapa pelajar terbabit mahukan anaknya sentiasa cemerlang dan tidak boleh menerima kegagalan anak mereka menyebabkan emosi anaknya tertekan dan mengambil keputusan di luar dugaan,” katanya.





.

7 Penyokong CHELSEA:

Khadijah on June 23, 2011 at 4:38 PM said...

itulah masalah pelajar sekarang yg suka bertindak di luar kawalan...klu gagal boleh usaha lagi untuk mendapat yg lebih baik...slps tue brsyukurlah di atas kemampuan diri sendiri :)

Afrina Balkish on June 23, 2011 at 4:54 PM said...

hmmm...npe la dia pilih jalan yang itu....

Kancil 8349 on June 23, 2011 at 4:57 PM said...

kes bahaya sudah nie...kat sekolah aku bebudak sudah pun pandai menipu untuk menyembunyi keputusan mereka daripada mak bapa...nasib menipu kalau macam kes di atas...aduh...hancur negara kita

Liza @ Adzriel AB on June 23, 2011 at 5:20 PM said...

gagal lagi... gagal mati. sian dia stress.

tag lulu pulak http://adzriel.blogspot.com/2011/06/jom-join-bloglist-cik-bunny.html

kokser kokdam on June 23, 2011 at 5:42 PM said...

kaloo "terjun bangunan patah kaki" lain pulak bunyi nye ek..

eheh

GadisKasutConverse on June 23, 2011 at 5:47 PM said...

sbb tekanan dr parents,anak2...tmbh tertekan.

rafina mimi abdullah on June 23, 2011 at 6:45 PM said...

orang zaman sekarang memang x fikir panjang kalau nak buat sesuatu perkara..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!