Thursday, June 16, 2011

Pelarasan harga Astro belum muktamad


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berbincang dengan pihak stesen televisyen berbayar Astro berhubung hasrat syarikat itu melakukan beberapa pelarasan harga kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai depan.
Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang berkata penyelarasan harga yang diumumkan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu baru-baru ini, masih belum muktamad.

"Kementerian memang sentiasa memantau dan berunding dengan Astro. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelarasan harga yang telah diberitakan belum muktamad. "Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro untuk naikkan harga ini wajar atau tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohamad meminta supaya kementerian memantau langkah Astro untuk mengenakan bayaran yang agak tinggi terhadap pakej-pakej yang ditawarkan demi kepentingan rakyat.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on June 16, 2011 at 9:52 AM said...

takkan nak naik harga lagi kot??...servisnye mcm la tip-top sgt..tepeng semedang tak dpt siaran sbb hujan!!

hahahaha

Unknown on June 16, 2011 at 10:49 AM said...

huh...kalau ada company lain selain astro ni dah lama tuka..melampau2 plak...dah la servis x bagus..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!