Wednesday, June 1, 2011

Proton saga terbakar..


Tiga termasuk seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ngeri apabila kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di Kilometer 51.5 Jalan Batu Pahat-Jalan Mersing di sini kelmarin.
Mereka yang maut dalam kejadian pukul 11.30 malam itu ialah pemandu kereta yang juga anggota tentera, Fannyrin Barata, 23, Kamarul Azman Musa, 38, dan Suharmi Maguntang, 30.

Fannyrin dan Suharmi berasal dari Sabah manakala Kamarul Azman berasal dari Simpang Renggam dekat sini.

Seorang lagi penumpang kereta itu yang merupakan anggota tentera, Bony Sedek, 31, dari Sabah cedera parah selepas tercampak dari kenderaan itu. Dia kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Ketua Trafik Daerah Kluang, Asisten Supritendan Azmi Suratman berkata, kenderaan dinaiki keempat-empat individu itu dalam perjalanan dari Taman Kluang Barat untuk pulang ke rumah masing-masing di Bandar Kluang.

"Siasatan awal mendapati kereta itu gagal dikawal ekoran dipandu laju sebelum melanggar pembahagi jalan dan merempuh pokok lalu terbakar," katanya ketika dihubungi di sini semalam.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!