Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.
Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.
"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya.
Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.
Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.
Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.
.
5 Penyokong CHELSEA:
tau tak isyarat tangan yang ditunjuk shahir adalah dianggap obsene di England and UK and also Scotland... so...mind our hands and fingers okay?...
sakit oh.. pernah retak knee,lgi parah..smpai tahap operate
alahai...macam2 la shahir ni...nasib2...
-Yok mampir diluk = orang asli...bahaya pendakwah berbayar...
ushhh..ingatkan lulu tadi ..haiihh
sudah jatuh di timpa tangga....
Post a Comment