Thursday, June 23, 2011

Rumah warga emas musnah dalam kebakaran


Seorang lelaki warga emas hilang tempat berteduh apabila rumah papan yang didiaminya di Ulu Temiang dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, mangsa, Law Ah Chuan, 66, tidak mengalami kecederaan kerana sempat keluar ke tokong di kawasan berhampiran rumahnya sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Mohd. Nasir Che Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
"Kejadian itu disedari jiran mangsa yang bertindak pantas menghubungi bomba sebaik ternampak asap tebal keluar dari rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan, pihak kami mendapati tiada penghuni berada dalam rumah ketika kejadian itu," katanya di sini hari ini.
Mohd. Nasir berkata, seramai 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang bergegas ke tempat kejadian.
"Pihak kami berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan kami masih menyiasat punca sebenar kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ah Chuan yang tinggal seorang diri di rumah itu ketika ditemui berkata, dia tidak pasti punca sebenar kebakaran dan menunggu laporan siasatan daripada pihak bomba.
"Meskipun sedih kerana tiada tempat tinggal, saya lega kerana tidak cedera atau berada dalam rumah ketika kebakaran terjadi," katanya.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!