Monday, June 13, 2011

Warna merah..


Kereta seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disimbah cat merah di tempat letak kereta berdekatan rumahnya di Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur.

Kejadian itu disedari Penolong Kanan Penguasa Cawangan Perisikan Khas SPRM, Mohamed Yussof Zakaria pada jam 7.15 pagi tadi semasa beliau hendak ke pejabatnya di sini.

Sumber berkata, cat itu disimbah di bahagian hadapan cermin kereta dan pintu di bahagian tempat duduk pemandu.
Perbuatan itu disyaki dilakukan individu yang marah dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Mohamed Yussof.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi diserahkan kepada balai polis berhampiran tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!