Tuesday, July 26, 2011

Akhirnya rahsia itu didedahkan [dan apa kata Lulu Caldina]


Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

Sementara itu Jimmy yang dihubungi bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.



 **


P/S - meh dengar pendapat lulu..

Jimmy.
1. Sebagai suami, mendidik itu, perlu, namun haruslah suhaila diberi masa, kerana membaca petikan diatas, sudah boleh kita simpulkan suhaila seorang yang sosial, bebas berkawan, dan aktif berjaringan sosial (fb/twitter mungkin) tak mengira masa, juga seorang yang kasar.. Menegurlah dengan berkhemah dan penuh kasih sayang..
2. Pukul isteri? Mungkin pernah terlanjur pukul, namun, janganlah diulangi.. Lelaki yang pukul perempuan, tidak layak dihormati bagi lulu.. dan yang pasti bagi wanita lain.. isteri untuk disayangi bukan untuk lelaki tunjukkan kekuatan..
3. Suhaila sudah biasa hidup mewah.. Jimmy sepatutnya sudah mempersiapkan diri sebelum menjadikan suhaila isteri.
4. Cuba ubah sikap diri yang tidak suka berkawan.. Sekurang-kurangnya, bukalah diri kepada orang lain.. Kita hidup bermasyarakat.. Perlukan antara satu sama lain.. Apatah lagi jimmy dan suhaila merupakan public figure..

Suhaila..
1. Sedar diri sudah menjadi isteri.. Cuba mendengar nasihat suami, dan bertolak ansur..  Mungkin kebiasaan bebas berkawan susah diubah, tapi cubalah kurangkan.. Rasanya tempoh sebulan belum cukup untuk menilai hati budi masing-masing.. Janganlah dipancing amarah suami..
2. menerima kelemahan suami namun cuba sesuaikan dengan diri sendiri. Bukan bermakna berkahwin, kita hilang jati diri.. Jimmy pasti memahami jika dibawa berbincang dengan lembut, kelembutan seorang isteri..
3. Cuba beri jimmy dan diri sendiri peluang.. Keluar dari rumah ibu bapa, dan tinggal bersama jimmy.. tempat seorang isteri adalah bersama suaminya, buruk baik, syurga ketika itu dibawah kaki suami..
4. Bersyukurlah kerana telah dikurniakan seorang anak, sedangkan ramai lagi ibu bapa yang telah berkahwin berpuluh tahun, masih sunyi tanpa zuriat..

Rasanya mereka masih belum sedia memikul tanggungjawab setelah berkahwin. Hal ini memang sulit, namun cubalah bertenang, hentikan pengakuan melalui media kerana ini akan membuatkan keadaan lebih teruk.. Lulu berdoa, semoga pasangan ini dapat menyelamatkan perkahwinan mereka, bukan saja demi Zahrah, tapi demi diri sendiri, kerana, takkanlah kahwin jika tanpa cinta, kan???



.

13 Penyokong CHELSEA:

Rosniena on July 26, 2011 at 8:22 AM said...

apapbila kita berkahwin,kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,tahu tanggungjawab,jujur dan paling penting adalah sabar.Sebagai lelaki tidak sewajarnya jimmy memukul isteri untuk mengajar dan mahu isteri taat dgn pantas,sebagai suami kena membimbing isteri secara halus.Si isteri perlu berubah sikap dan menyedari diri sudah berkahwin.Maybe mereka belum cukup bersedia ke alam perkahwinan.

Izwa Kamaruddin on July 26, 2011 at 8:24 AM said...

kesian....sebab dua-dua ade salah nyer..

Hanis Azla on July 26, 2011 at 8:33 AM said...

akak setuju dgn pandangan lulu.. begitulah yg sepatutnya.. rasanya bila segala keburukan dibongkar, tiada kebaikannya utk kedua pasangan.. menutup mulut dan menyelesaikan masalah mereka secara tertutup pastinya lebih membantu..

eima on July 26, 2011 at 8:34 AM said...

aku setuju ngan lulu ...
dua2 bermasalah ... tp aku rasa cam jimmy je yg lelebih burukkan bini die ...poyo ahhh

a.R on July 26, 2011 at 8:58 AM said...

waaa..... lulu memang terbaik lah.. hihih~ setuju ngn pendapat lulu tu.. Rasa nya diorang ni, masih belum bersedia lagi. masih lagi belum boleh menerima kekurangan pasangan .. tu yg timbul masalah tu..kan...~

Diana @ BKKC on July 26, 2011 at 9:04 AM said...

betul tuh lulu..D selalu bace statement jimmy dlm besutifulnara..bnyak perkara dia salahkan suhaila..tp suhAIla diam dan tak buka mulut..skang bila buka mulut..maka, dapat tahulah..dua org manusia yang dilahirkan berbeza, dibesarkan dengan cara tak sama, hidup yang berlainan bila cuba untuk hidup bersama, maka berlakukah salah paham dan ketidakserasian..So, amik masa utk saling menerima diri masing2

Makbed on July 26, 2011 at 9:35 AM said...

insap neh baca nasihat lulu. kekekkekee....

Aida Tamrim on July 26, 2011 at 9:41 AM said...

Perkahwinan adalah perkongsian dalam aspek segala2nya .. Buruk, baik, gembira, sediah .. Smuanya ... Jadi masing2 kena muhasabah diri .. Setuju dengan pndpt2 Lulu .. Masing2 ada kesalahn masing2 yang perlu diperbaiki .. Yg penting, hentikan penglibatan media .. bersemuka dan berbincanglah cara baik .. Betul tak Lulu? Hehehe

Anonymous said...

ohh dah pecah rahsia..padan la bini dia tu tak penah bukak mulut. skrg baru tau cerita yg betul.

zuwaidah on July 26, 2011 at 4:21 PM said...

lulu dah bijak jadi consultant..

Rosniena on July 26, 2011 at 5:29 PM said...

sepatutnya jangan mengaibkan pasangan..yang mengaibkan tu wajar muhasabah diri

N A T A S Y A ツ on July 26, 2011 at 7:37 PM said...

wah wah, sye bebudak mne tau semue nie :DD
tapi rse nye an, due due same je =='

RamRamCute on July 26, 2011 at 10:15 PM said...

Setuju 100% apa yang lulu cuba sampaikan... Ada kebenarannya. Walhasil dalam hidup berumahtangga suami isteri perlu banyakkan sabar dan bertolak ansur demi kesejahteraan dan keamanan serta kerukunan rumahtangga.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!