Wednesday, July 20, 2011

Artis hamil anak kedua


Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan.
Disebabkan hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan semakin menyepi dalam industri seni tanah air.

“Alhamdulillah, saya mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya.
Kata pelakon drama “Suara Hati” ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki.

“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan.
“Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni,” jelasnya.

Tambahnya lagi: “Selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan.”
Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Eyra Rizal Touch on July 21, 2011 at 4:35 AM said...

ADE LAGI BEBERAPA DATE AND TEMPAT KOSONG UTK RAMADAN PROMO MAKEUP CLASS DI SHAH ALAM!! SESUAI UTK SESIAPA YANG NAK MELARAM TIME RAYA NANTI! BELAJAR TEKNIK2 MAKEUP YANG SIMPLE , TAPI GLAM TIME RAYA NANTI!
HARGA BIASA: RM150-RM200
SKRG HANYA RM95 SHJ!!!
time: 10:30-3:30pm
WEEKDAYS: 2/8, 4/8,9/8,11/8,16/8,18/8,23/8,25​/8
WEEKENDS: 30/7,31/7,13/8,14/8,20/8,21/8
SMS TO 016-2128740

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!