Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.
Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.
Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.
Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.
Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.
Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi.
.
13 Penyokong CHELSEA:
huyyooo~~
real ea ni??huhu
btw,mmg akoo suke chelsea pon ;)
best nyer lah... bila lah akita lak nak kaya ni
mak aiiii kayanya dia... perghhhh
perghhh kaya tol...nikmat Allah bagi :)
orang kaya...ape pon boleh...
subhanallah kalo taw dh kaya 2 cuba la bantu orang miskin.. ishk3... kejar dunia betol la dorang nie.. xde maknanya sume 2.. hehhheh
kalau ada duit mcm2 boleh buat,
tolong jiran2 islam dia lagi bagus...
hmmmm kalau mcm lah kaya, duit yg banyak tu sedekah ler sikit kat org2 Islam yang tertindas kan kan kan
setuju dengan O'gosh ----> kan bagus kalau duit tu di salur untuk mebantu masyarakat islam yang lain...
jiran tengah perang susah-susah, dia lagi membazir secara terang2an. besar mana pun nama dia tu?
kn bgos klu dwet sume tu,dye salurkn pd rkyt palestin, hpuskn tros zionis yg menindas dorg..ish2
24.347175,54.315119 <== coordinate google maps..
x de pon..
dah hilang kot nye.. hhehe
Post a Comment