Friday, July 22, 2011

Buat renungan, marilah berkongsi pendapat..


Dua orang adik beradik..
Jelas dibeza kasih sayang..
Si abang dari kecil dibiarkan hidup berdikari..
sedangkan si adik mewah kasih sayang dan harta benda..


Bila abang kahwin, beristeri dan beranak,
ibarat seperti abang bukan anak kandung..
Tinggal serumah, segalanga-galaya diungkit.
Sedangkan si adik perempuan, bebas berbelanja besar..
Dihantar belajar lengkap dengan kemudahan rumah sewa (kondo).
wang poket RM1000, tidak termasuk perbelanjaan lain...
Nak duit? telefon, terus bank-in..

Sedangkan abang belajar dengan duit biasiswa..
makan pakai, dijimat sepenuhnya..
adakalanya tak makan, baju lusuh..


Membuatkan si adik bongkak dan meninggi diri..
Bercakap ikut sedap mulut...
Ibu diteriak dan diarah-arah..
Namun kasih sayang ibu dan ayah tetap tebal buat adik..


Mungkin Tuhan adil,
adik sangkut ditengah jalan, belajar tak habis,
sedangkan duit sudah banyak habis, sehingga duit belanja rumah terpaksa dipotong..
Semuanya kerana dia..
Sedangkan si abang bekerja tetap dengan pelajaran yang lebih tinggi dari adik..
Tanpa bantuan wang dari ayah..
Juga berjaya mendapat rumah sendiri...
rumah besar yang tidak menggunakan sesen pun wang ayah..


Dulu, adik dan ibu pernah berkata..
"tinggal macam tikus, makan pun takde duit, ada hati nak beli rumah.."
abang terkilan.. 
dan akhirnya dia beli rumah senyap-senyap...


Setelah keluar dari rumah ayah, keluarga abang semakin cemerlang..
rumah baru besar dengan 4 bilik.. 
Dapat sambung belajar..
Kereta baru..
Dan semoga selepas itu akan lebih maju lagi..


Namun mulut adik masih tidak berubah..
Bila keluarga abang berbaju baru,
"abang, baju kakak tu mesti murah, kan? Abang kan kedekut.."
Hati abang terluka lagi...
Dalam hatinya berkata, sekurang-kurangnya segala-galanya yang dia ada,
duit dan berkat usahanya sendiri...


Entah bila adik nak berubah,
hidupkan macam roda, sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah..
Selama ni pun adik dan suami hidup atas ehsan duit dan harta ayah...
Bagaimana nanti jika ayah sudah menutup mata?
Masihkah ada nada bongkak di mulut mu?
masihkah kau berbaju baru seiring dengan peredaran fashion?





P/S - kisah benar, seperti yang diceritakan seorang kawan kepada lulu... Wajarkah kita membezakan anak, sedangkan anak kita semua lahir sebagai darah daging kita..? Si abang ni, biar diperlakukan begitu dari kecil, dia tetap mendahulukan orang tuanya... Setiap kesusahan ibu dan ayahnya, dia tetap akan letak keutamaan pertamanya.. Semoga, sebelum ibu dan ayahnya menutup mata, mereka akan sedar, yang mana kaca dan intan... amin..





.

13 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on July 22, 2011 at 4:13 PM said...

hurm....

Kancil 8349 on July 22, 2011 at 4:19 PM said...

kisah yang benar2 terjadi...kerana ditekan maka ia berjaya. Apapun, saya cuba tidak membezakan dua orang anak saya....

Rozita Ceritaita on July 22, 2011 at 4:27 PM said...

biasa jadi macam ni lulu... memang kisah masyarakat kita ni...keluarga akak pun ada yg mcm ni... bila kita nasihat si mak bapak tu.. kita disuruh jaga family kita kita sendiri jgn ambik tau hal org.. entahlah..

Shiela Firdaus on July 22, 2011 at 4:30 PM said...

anak² saya tidak akan di bezakan sama sekali...mereka nyawa, mereka nafas hidup ini !

Jujurara on July 22, 2011 at 4:46 PM said...

betul tuh..kadang2 hidup nie x semestinyer kat atas jerk...mst ada jugak yg akan dibawah....alhamdullilah..sekurang2nya si abg x pnh ketepikan mak ngan ayah nyer walaupun diperlakukan begitu rupa..

zubaidishadin on July 22, 2011 at 5:05 PM said...

selalunya anak bongsu mmg manja n dibelai lebih2..

sham on July 22, 2011 at 5:45 PM said...

touching nih... hebat dugaan bg si abang... mmg respek laa kat abang tuh... semoga dia peroleh kebahagiaan...

lulu, chelsea..? hurmmm... d^^b

TiTi on July 22, 2011 at 6:01 PM said...

setiap yang berlaku ade sebabnya, 1hari adik,ibu dan bapa akan merayu kepada si abang semula :)

Farahin Shahadan on July 22, 2011 at 6:09 PM said...

Sedihnya kalau saya kat tempat si abang.

Ce'gu JAERA on July 22, 2011 at 6:31 PM said...

tersentuh baca kisah suka dan duka entri ini... sebuah luahan yang ikhlas tentang kehidupan.. moga ianya buat kita terfikir sebagai pengajaran yang berguna

αяfaekα αямαɴd on July 22, 2011 at 6:53 PM said...

ada jugak yang adik terpaksa mengalah dengan si kakak .. dunia dunia ...

Nora Shahaira on July 22, 2011 at 7:30 PM said...

Dik lulu...bukan perkara mustahil sekarang ni kan...ibu bapa muda zaman kini makin kurang imannya. moga kita berusaha..berdoa yang terbaik.
bagi naluri akak yang dah beranak dua ni...kepentingan keduanya adalah penting...tiada perbezaan..

Nora Shahaira on July 22, 2011 at 7:30 PM said...

Dik lulu...bukan perkara mustahil sekarang ni kan...ibu bapa muda zaman kini makin kurang imannya. moga kita berusaha..berdoa yang terbaik.
bagi naluri akak yang dah beranak dua ni...kepentingan keduanya adalah penting...tiada perbezaan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!