Sunday, July 10, 2011

Cerita mimpi dikala tidur petang


Pagi tadi awal bangun, gi main tennis...
Letih sebab petang sabtu pun main 2 jam.
Macam nak tercabut tangan dan kaki..
ekeke... 


So, kerana terlalu letih, tidur beberapa jam petang tadi..
Masa tidur tu sempat mimpi...
Dalam mimpi tu, ada seorang kawan...
Entahlah, dalam dunia nyata takde pula kawan tu..
Sekarang ni nak cerita tentang kawan tu pun dah tak ingat..


Dalam mimpi tu kemana jer berdua, kira belangkaslah kan..
Tetiba suatu hari, duduk depan cermin, bila dia membelakang,
ternampak sekilas bentuk bahagian atas badan manusia..
Kepala, leher dan bahu..
Badan dan kebawah (kaki) tak nampaklah..
Makhluk tu melekat kat belakang kawan tu..
 Tapi nak dijadikan cerita, bila kawan tu membelakang, 
jelaslah muka makhluk tu..


"Apa kat bahu engkau ni?"

"Hah? apa? macam tau2 jer bahu aku tengah sakit.."


Wah dah seram ni..Tidur diwaktu petang tapi mimpi macam ni..
Hoh seram lak kan tetiba..
So, lulu sentuh pipi makhluk tu, eh ni kenyataan ni..
mata memang tak salah tengok..
Kasar dan berminyak jer muka tu..
Entah darimana keberanian datang, tanyalah nama makhluk tu..
Masa tu dah terfikir dalam kepala,
Nanti bangun nak google cari nama tu..
Manalah tau ada maksud tersirat, kan..
Ataupun ada benda yang sepatutnya kita kena tahu..
Dalam mimpi pun leh nak jadi spy..ekeke..


So makhluk tu pun mula bercakap..
Dengan suara yang tidak jelas dan tersekat-sekat...
Lulu terus salin kat kertas (dalam mimpi tu)..
She......ik..h
Mu........................za...................ph.........................ar...
Shu...............................


Hoh, mata terus terbuka, lulu terjaga dari tidur..
Memula nak terus on laptop...
Tapi bila difikirkan nama dalam mimpi tu...
Eh, apasal lak aku mimpi sheikh muzaphar shukor ni??
Masa tu nak tergelak pun ada...
Rasanya tak samalah makhluk dalam mimpi tu dengan angkasawan negara tu..
ekekeke..




P/S - Giveaway tamat esok... Sekian.. :)




.


12 Penyokong CHELSEA:

Syafiq Ahadin on July 10, 2011 at 11:30 PM said...

lulu lawak!! haha!^^
apa maksud mimpi tuu erk?
semalam mimpi x hantar report fizik. dan sangat risau. hehe!!

aaiemee on July 10, 2011 at 11:34 PM said...

haish seram sejuk di buatnya... tap mase akhir tuh mase die sbut name tuh dah hilang seram haha...

Lulu Caldina on July 10, 2011 at 11:38 PM said...

@Syafiq tak tau..tgh fikir..ngee

Lulu Caldina on July 10, 2011 at 11:39 PM said...

@Aimi Nur Aqilah itulah..ekeke, tapi masa tgh mimpi tu siyes tak terfikir

Anonymous said...

kak lulu... ahhahaha . lawak giler r ., terguling2 reen baca , ngeheheheh.,.... nma tetiba keluar nama angkasawan kita . ehhe

Makbed on July 11, 2011 at 12:32 AM said...

haikk.... tido tak basuh kaki ke? hahahahahha

Anonymous said...

hahahha... kelakar giler .

Unknown on July 11, 2011 at 1:03 AM said...

haha kelakar lah lulu...
berminyak lagi tu.. dah la bertenggek haha

Ce'gu JAERA on July 11, 2011 at 1:19 AM said...

saya pun salu mimpi buruk kaau tdo lepas asar.. hhuhu

BudakBudak on July 11, 2011 at 1:27 AM said...

haha... lulu suka kat die kot? tettt...laki orang ! haha...

sebelum tido arda selalu doa supaya tak mimpi kawen nan bf skunk..sbb orang kata kalau kita mimpi kawen, mknanya jodoh tak pnjang :)

tomatokering on July 11, 2011 at 1:52 AM said...

hahahah ! kelakar lah lulu ni ! ^^

krtcacarbaru@hotmail.com on July 11, 2011 at 7:40 AM said...

dashyat la nme makhluk tu...Huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!