Sunday, July 31, 2011

Derita itu akhirnya berakhir..


Tidak sampai 24 jam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 5 pagi ini.
Lelaki yang gagal dalam permohonannya untuk menukar kepada nama Aleesha Farhana Abdul Aziz itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Jenazahnya kemudian diuruskan di hospital berkenaan atas nama Mohd. Ashraf Hafiz seperti yang diputuskan oleh mahkamah.
Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan supaya jenazah Mohd. Ashraf dikebumikan sebagai lelaki walaupun mempunyai fizikal seorang wanita.

Jenazah kemudian disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir di sini kira-kira pukul 5 petang dengan disaksikan oleh ahli keluarga, sahabat handai dan beberapa jiran terdekat.
Mohd. Ashraf Hafiz sebelum ini menjadi perhatian media setelah mengemukakan permohonan untuk menukar kepada nama wanita di dalam MyKad di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak hakim dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai kromosom, alat kelamin serta organ dalaman wanita sebaliknya hanya mempunyai fizikal dan psikologi seorang wanita sahaja.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedih kerana tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd. Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi ini.
Shahrizat berkata, kementerian sentiasa 'membuka pintu' kepada Mohd. Ashraf untuk membantunya sebelum ini namun hasrat itu tidak kesampaian.


"Kita tidak pernah memaksanya untuk datang kepada kita. Dia pun tahu kita mahu berbuat demikian tetapi takdir lebih menentukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.




.

4 Penyokong CHELSEA:

bicara mak dara on July 31, 2011 at 10:07 AM said...

alfatihah..

Nini D.. on July 31, 2011 at 11:05 AM said...

Innalillah..
Allah lebih mengetahui segalanya

AA on July 31, 2011 at 11:09 AM said...

semoga dia masih diterima disana :( alfatihah~

Akmall Razlan on July 31, 2011 at 5:50 PM said...

semoga roh nya dicucuri Rahmat... AlFatihah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!