Tuesday, July 5, 2011

Fenomena selepas gempa, tsunami


Upacara meraikan perceraian semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi kuat dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, disusuli krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.

Upacara yang dibuat bagi menandakan permulaan perubahan status pasangan kepada kehidupan solo, menelan belanja 55,000 yen (RM2,072), termasuk hidangan bufet dan upacara menghancurkan cincin perkahwinan menggunakan tukul kecil.
Tomoharu Saito meraikan upacara itu di Tokyo bersama isteri, Miki beberapa hari sebelum mereka dijadual bercerai berkata, upacara memecahkan cincin membuat dia lega.

“Saya tidak sangka dapat menghancurkan cincin dengan mudah, tetapi saya dapat melakukannya. Saya terkejut pada mulanya, tetapi ia membantu saya memulakan hidup baru dengan fikiran terbuka,” katanya.

Upacara itu juga termasuk pembelian ‘pakaian cerai’. Bagi upacara itu, Miki memilih sehelai gaun musim panas berwarna kuning bunga daisy untuk upacara itu. Di Jepun, warna ‘daisy’ dipercayai melambangkan ‘hubungan baik atau platonik’.

“Mereka yang mahu bercerai secara baik akan melakukan upacara ini. Selepas gempa bumi, keinginan saya untuk kembali tinggal bersama ibu bapa semakin kuat dan kerana itu saya memilih untuk bercerai dengan Tomoharu,” katanya.
Rakan pasangan itu, Hiroko Tada hadir pada upacara perkahwinan dan perceraian pasangan Saito.

“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana bercerai secara baik. Saya tidak pernah membayangkan ia akan berakhir begini kerana saya juga hadir ketika perkahwinan mereka dulu,” katanya.

Pereka pakaian, Akuiue Go berkata, beliau mencipta pakaian yang memberi penekanan kepada bahagian belakang, agar lebih cantik.




.

8 Penyokong CHELSEA:

ani on July 5, 2011 at 1:29 PM said...

hi LULU...datang baca n3 u

Kancil 8349 on July 5, 2011 at 1:31 PM said...

macam2 dunia sekarang nie...tidak boleh terima dugaan...macam2 alasan mahu diberikan...kesian

risa on July 5, 2011 at 1:45 PM said...

hai sayammmmmmmmmmmmmmmmmm..
rindu kamu!!! jgn lupa amik link2 kat komen akak tu ye sayanggg!!

Ce'gu JAERA on July 5, 2011 at 2:04 PM said...

uiiii, pelik. Upacara penceraian secara baik pun ada juga ye... Mungkin mereka terpakas lakukan untuk merubah kepada kehidupan yang lebih baik..

HaFizaH aYu on July 5, 2011 at 2:25 PM said...

tengs sbb sudi singgah blog fiza..actually segan nk drop kmen kt cni..slma ni silent reader jer!!tengs yer

diya on July 5, 2011 at 2:30 PM said...

gilo ko apo ?
macam2 lah org jepun ni =.='

Amy Amira on July 5, 2011 at 2:55 PM said...

diaorg kan mmg mcm tu habes madu sepah dibuang,bila berlaku tsunami buat penceraian beramai2 mmg menyedihkan :(

zuwaidah on July 5, 2011 at 3:46 PM said...

ada jugak mcm tu yek

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!