Sebuah restoran bernama McDains di Monroeville melarang anak berusia di bawah enam tahun masuk ke dalam restoran tersebut.
"Ini bukan tempat kanak-kanak, ada banyak lagi restoran yang membolehkan kanak-kanak masuk dengan harga makanan yang lebih murah," ujar pemilik Restoran McDains Mike Vuick.
Larangan dibuat kerana kanak-kanak cenderung membuat gaduh dan mengganggu pelanggan.
Restoran yang terletak 22 kilometer dari Pittsburg itu cuba menampilkan kemewahan, ketenangan, dan gaya yang kasual. Restoran McDains juga tidak menawarkan menu makanan untuk kanak-kanak.
"Tidak ada masalah dengan kanak-kanak, yang menjadi masalah adalah anda tidak akan dapat mengatur mereka," tegas Vuick.
Masyarakat menyenangi idea Restoran McDains. "Saya rasa ini idea yang baik. Ramai ibu bapa yang tidak dapat menjaga anak-anaknya," ujar Rob yang menulis dalam sebuah blog.
Vuick juga berkata, dirinya tidak akan takut akan kerugian akibat mencetuskan idea ini.
.
6 Penyokong CHELSEA:
ada juga yang tak suka kanak2 ye...kasihan...rezeki jauh tuuuu
restoran dia, tentulah dia boleh buat apa yg dia suka kan..
restoran sendiri..boleh aje buat peraturan sendiri..i like!!
ada gk restoren cm tu eh.heee
xsbar nk tgok kptusan chelsea vs malaysia nt
utk yg capel2 boleh laaaa.kalo dah ada anak xde can la...xsggp nak tinggalkn anak just nak masuk restorn tuuu
Post a Comment