Saturday, July 16, 2011

Kerana telefon bimbit


Kelekaan seorang remaja berbual menerusi telefon bimbit ketika cuaca buruk di kawasan terbuka mengundang padah apabila dia disambar petir petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Izzan Nuqry Muhamad Yaakub, 18, pengsan di tempat kejadian dengan kesan luka dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk tangan dan telinga kiri.
Menurut saksi, mangsa dikatakan sedang membersihkan dinding di luar surau Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di sini sambil menjawab panggilan telefon menggunakan alat bebas tangan.

"Sebaik sahaja petir menyambar, Izzan Nuqry terus rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang rakan yang melihat kejadian itu bergegas membawanya ke HUS (Hospital Umum Sarawak)," katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat yang disertai dengan petir sejak pukul 5 petang.
Keadaan remaja itu kini dilaporkan stabil walaupun masih berada dalam keadaan terkejut.



.

6 Penyokong CHELSEA:

Qaseh Qistina on July 16, 2011 at 2:34 PM said...

ciannye..tu la..bahaya kalau guna tepon time ribut petir ni..moga die cepat sembuh lah

Liza @ Adzriel AB on July 16, 2011 at 2:46 PM said...

tak ambil ikhtibar agaknya. jgn sekali-sekala jawap telefon masa hujan atau di pam minyak... header lama semula lulu.. dua2 pun sweet je.

kathy on July 16, 2011 at 2:53 PM said...

peringatan kepada diri sendiri supaya x jawab phone masa cuaca x berapa elok..takutnya~

cikgu on July 16, 2011 at 3:05 PM said...

hai lulu..selalu masuk blog lulu ni..baca n baca..:)

Afiqah Roslan on July 16, 2011 at 3:10 PM said...

O.M.G ! Kesiannya.

Kancil 8349 on July 16, 2011 at 4:24 PM said...

syukur dia masih hidup...susah mahu jangka petir nie...tapi kalau boleh janganlah bertelefon di luar rumah bila dah nampak mendung tebal...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!