Lelaki lebih prihatin dengan bentuk tubuh pasangan mereka berbanding wanita tetapi kelihatannya mereka juga lebih menghargai keluarga, menurut kaji selidik terbaru yang dikeluarkan, semalam.
Hampir separuh lelaki yang ditanya dalam pungutan pendapat daripada 70,000 orang berkata, mereka akan meninggalkan pasangan yang bertambah berat badan berbanding hanya 20 peratus wanita yang akan berbuat demikian. Dua pertiga lelaki juga berkata, mereka mengimpikan pasangan rakan mereka, manakala satu pertiga wanita berpendapat begitu.
“Walaupun lelaki lebih selesa bertemu teman wanita dalam talian dan kurang peduli mengenai siapa yang menjadi temannya itu, kelakuan romantik lain terbukti tidak lapuk dimakan zaman: keperkasaan tidak terhapus, saiz memang diambil berat, dan wanita memaafkan, manakala lelaki selalu lupa,” kata Ketua Editor AskMen, James Bassil yang melakukan pungutan pendapat itu bersama Cosmopolitan.com.
.
3 Penyokong CHELSEA:
betul tu. hahaha :D kita tak kisah pun. bila berat badan naik sikit, dah kena bising. haiyooo~
kesimpulan nya, perempuan kena sll langsing la yek..
cmne kalau lelaki tu yg brtmbh chubby,die still tggalkan gurl yg brtambah brtnye?
Post a Comment