Saturday, July 16, 2011

Maut selepas tercampak keluar dari lori

Seorang wanita dan anak lelakinya maut, manakala suaminya cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 252.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini.
Dalila Hashim, 40, dan Che Najwan Haniff berusia 13 bulan yang cedera parah di kepala dan badan mati di tempat kejadian.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pada pukul 5.45 petang itu, lori kosong yang dipandu oleh suami Dalila, Che Rosdi Ahamad, 33, dalam perjalanan menuju ke utara.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta melanggar sisi kanan lori itu, menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan lori itu berpusing-pusing sebelum terbabas dan terbalik di tepi longkang lebuh raya.
“Dalila dan anaknya dikatakan tercampak keluar,” katanya.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Aqilah Azmi on July 16, 2011 at 9:40 AM said...

:( Sedihnyaaa . Hmmm,

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!