Friday, July 15, 2011

MPV rempuh pintu stesen minyak


Beberapa pelanggan dan pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Senawang di sini, bertempiaran lari apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza tiba-tiba merempuh pintu hadapan premis berkenaan hari ini.
Bagaimanapun, tiada pelanggan atau pekerja stesen minyak itu cedera manakala wanita yang memandu kenderaan itu bersama seorang rakannya juga tidak cedera dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamuruddin berkata, kejadian berlaku ketika pemandu berusia 44 tahun itu mahu berhenti di salah sebuah pam untuk mengisi minyak.
"Pemandu itu secara tidak sengaja tertekan padel minyak menyebabkan kenderaannya meluru laju lalu merempuh pintu stesen minyak terbabit.
"Ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan dan pekerja di dalam stesen minyak itu tetapi mereka sempat menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu terbabit dan seorang rakannya yang berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak tersebut yang enggan dikenali berkata, dia nampak kenderaan berkenaan meluru laju dan merempuh pintu premis terbabit.
"Kejadian berlaku dengan pantas tetapi nasib baik beberapa pelanggan dan pekerja sempat melarikan diri dari dirempuh kenderaan tersebut.

"Walaupun pintu hadapan rosak tetapi stesen ini tetap beroperasi seperti biasa," katanya.




.

1 Penyokong CHELSEA:

zuwaidah on July 15, 2011 at 5:13 PM said...

nasib baik tak ada sapa2 yang cedera atau kemalangan maut....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!