Fatimah Fadzil, 43, berkata laporan polis bertujuan melindungi anaknya sekiranya berlaku kemudaratan akibat tindakan guru tersebut pada masa depan.
Katanya, beliau tidak mempertikai hukuman yang dikenakan ke atas anaknya dan tiga rakannya yang lain sekiranya benar mereka melakukan kesalahan, tetapi cara hukuman itu dilaksanakan adalah tidak beretika.
Beliau berkata, sebarang bentuk hukuman seharusnya dilaksanakan dengan cara merotan bukan menampar atau menumbuk.
“Kejadian ini juga mungkin tidak dilaporkan kepada Pengetua kerana kami tidak dihubungi sehingga hari ini. Kami akan hanya menemui Pengetua selepas membuat laporan polis petang ini,” kata Fatimah kepada pemberita hari ini.
Keempat-empat pelajar berkenaan merupakan pelajar tingkatan dua.
Alias Ahmad, 63, bapa kepada seorang lagi pelajar berkata, beliau juga tidak mempersoalkan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah tetapi setiap hukuman ke atas pelajar perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk mendidik.
.
2 Penyokong CHELSEA:
balas kunjungan..nie mesti biadap sangat budak nie...tu yang cikgu sanggup tumbuk...
Mai la lawat blog saya:
http://depalma-sp.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-cari-blogger-baru-jer.html
aduhaii.. cabaran di dunia pendidikan... huhu
Post a Comment