Saturday, July 30, 2011

Perginya seorang insan..




Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.




.

8 Penyokong CHELSEA:

cik zila on July 30, 2011 at 3:32 PM said...

al-fatihah buat arwah..

Anonymous said...

Alfatihah..moge rahmatnye dicucuri rahmat dr Allah swt..

suriani azwan on July 30, 2011 at 3:46 PM said...

innalillah...

http://azwansprincess.blogspot.com/2011/07/menjoinkan-diri-dalam-segmen-ben.html

http://azwansprincess.blogspot.com/2011/07/bila-kakak-jaga-adikapa-jadik.html?spref=fb

Acik on July 30, 2011 at 3:53 PM said...

alFatihah. semoga dipermudahkanNya

Makbed on July 30, 2011 at 4:03 PM said...

comel nye header!

LaLaLovy on July 30, 2011 at 4:39 PM said...

kesiannnya. belom sempat tobat... btw, follow u..

cik blogger on July 30, 2011 at 9:31 PM said...

dlm healthcare setting, sy berpendapat, bila dah mula kemurungan tu, xjadi mustahil jikalau sebelum terjadinya 'unstable angina with cardiogenic shock' arwah mungkin ada mengambil sebarang ubat/drug yang menyebabkan itu berlaku. wallahu'alam.
al-fatihah untuk arwah.

Diya Lolipop on August 5, 2011 at 1:03 AM said...

sedih pon ade...mesti tuhan syg die sbb tu tuhan ambil die Al-Fatihah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!